BAB I
PENDAHULUAN
A. Latar Belakang
Jauh sebelum munculnya idea tentang penubuhan sistem perbankan Islam di Indonesia atau di Aceh. Para ulama dan cendekiawan Islam sama ada yang berada di pertubuhan-pertubuhan keagamaan ataupun di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dan swasta, telah melakukan kajian dan mengemukakan pendirian mereka tentang faedah (interest) bank dan riba. Sebagai contoh, K.Hj. Mansor pada tahun 1973,telah bercadang untuk menubuhkan sebuah bank Islam. Namun hasrat beliau tersebut tidak mendapat persetujuan oleh regim Sukarno yang berkuasa pada saat itu. Kerana dianggap akan melahirkan konflik agama di Indonesia dan dapat menganggu kestabilan negara.
Perbincangan tentang faedah (interest) bank dan riba tidak berhenti setakat itu sahaja. Para ulamadan cendekiawan Muslim terus melakukan kajian dan perbincangan berkenaan dengan faedah (interest) bank. Hal tersebut dapat dibuktikan dengan pelbagai artikel yang ditulis oleh Mohammad Hatta, Naib Presiden Republik Indonesia pertama dan beliau merupakan tokoh ekonomi kerakyatan serta dikenali sebagai “Bapak Koperasi Indonesia”.
Salah satu artikel penting Muhammad Hatta yang diterbitkan awal tahun 1950 yang bertajuk “Kedudukan Bank dalam Masyarakat”, menjelaskan tentang mudharat atau keburukan riba. Namun demikian, Muhammad Hatta berpendapat bahawa riba untuk tujuan produktif iaitu sejumlah tambahan wang yang dibayar pada pokok pinjaman untuk tujauan produktif adalah merupakan bahagian dari keuntungan dari wang yang dipinjamkan dan oleh sebab itu pada pendapatnya ia tidaklah termasuk riba, asalkan kadar faedahnya rendah.
Selain ulama dan cendekiawan yang mengeluarkan idea dan pendapat mereka tentang faedah (interest) bank secara peribadi, terdapat juga ulama yang bergabung dalam pertubuhan-pertubuhan Islam mengadakan perbincangan. Seperti Majelis Tarjih Muhammadiyah pada muktamar di Sidoarjo Jawa Timur tahun 1968 memutuskan bahawa faedah (interest) bank yang ditetapkan oleh bank-bank milik Negara kepada pelanggan dan jugasebaliknya , hukumnya syubhat, ertinya belum jelas akan halal dan haram.
Sedangkan Bahsul Masail NU (Nahdatul Ulama) memfatwakan faedah (interest) bank yang diamalkan di bank-bank di Indonesia adalah halal kerana tidak ada syarat pada masaakad. Sedangkan adat yang berlaku tidak dapat begitu sahaja dijadikan syarat. Perbedaan pandangan dan pendapat oleh para ulama (antara Muhammadiyah dan NU) sangat mempengaruhi masyarakat awam. Hal tersebut mengakibatkan kesan negatif dalam kehidupan bermasyarakat, iaitu menyebabkan perselisihan dan perpecahan sesama umatIslam. Sehubungan dengan itu, bagi menghindari terjadinya perpecahan dan perselisihan yang berkepanjangan, maka MUI mengemukakan ideanya untuk mengadakan mesyuarat khas yang membahas isu faedah (interest) bank yang selama ini menjadi perselisihan pendapat oleh para ulama Indonesia.
B. Rumusan Masalah
1. Apa itu perbankan?
2. Apakah pengertian bank Aceh syariah?
3. Bagaimana hambatan penerapan bank islam di Aceh?
BAB II
PEMBAHASAN
A. Pengertian Perbankan
Perbankan adalah kata terbitan daripada “bank”. Bank merupakan institusi yang menawarkan perkhidmatan kewangan seperti jagaan wang, pertukaran mata wang pemberian jaminan dan terimaan bil pertukaran. Perbankan Islam didefinisikan secara umumnya sebagai urusan perbankan yang bebas daripada unsur riba dan berasaskan kepada prinsip-prinsip Syariah. Bentuk urus niagayang selari dengan Syariah Islam adalah pengkosian untung dan rugi (profitand loss sharing).
Pada bab ini akan membincangkan dua institusi kewangan Islam yang sedang berkembang di Aceh, iaitu; Bank Mandiri Syariah Cawangan Aceh dan Bank Aceh Syariah. Meskipun ada berapa lagi bank-bank yang beroperasikan dengan sistem Syariah di Aceh seperti Bank Muamalat Indonesia, Bank Negara Indonesia Syariah dan Bank Danamon Syariah.
Kedua bank ini dipilih untuk dikaji kerana sebagaimana diketahui Bank Syariah Mandiri adalah bank Syariah di peringkat nasional yang pertama membuka cawangan di Aceh sedangkan Bank Aceh Syariah adalah satu-satunya bank Syariah milik pemerintah kerajaan Aceh dan hanya ada di wilayah Aceh. Juga dengan pemilihan kedua bank tersebut dapat mendedahkan sejauh mana peranan MPU dapat diberikan kepada bank-bank di dua peringkat yang berbeza tersebut.
B. Pengertian Bank Aceh Syariah
Bank Aceh Syariah merupakan unit rasmi dari pada Bank Aceh untuk perbankan Islam, dahulunya bernama (BPD Syariah) Bank Pembangunan Daerah Syariah Istimewa Aceh. Bank inimerupakan BUMD (Badan Usaha Milik Daerah) milik kerajaan Aceh yang Ibu Pejabat berada di Banda Aceh.
Bank Pembangunan Daerah Istimewa Aceh (BPD) ditubuhkan pada saat penumbuhan Propinsi Daerah Istimewa Aceh tahun1956. Pada saat tersebut, kerajaan negeri belum memiliki bank tersendiri, yang dijadikan sebagai alat kelengkapan pemerintah kerajaan negeri atas dasar meningkatkan taraf hidup rakyat dan menambah Pendapatan Asli Daerah (PAD).
Sejarah Penubuhan Bank Aceh Syariah
Idea penumbuhan Bank Pembangunan Daerah Istimewa Aceh, berawal pada saat penumbuhan Provinsi Daerah Istimewa Aceh tahun 1956. Pada masa tersebut, Pemerintah Negeri belum mempunyai bank tersendiri, yang dijadikan sebagai alat kelengkapan Pemerintah Kerajaan Negeri, yang bertujuan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi, meningkatkan taraf hidup rakyat serta menambah Pendapatan Asli Daerah (PAD). Atas dasar kepentingan tersebut, Pemerintah Kerajaan Negeri memandang perlu adanya institusi kewangan milik Negara yang berperanan sebagai bank pembangunan di Negeri, disamping bank-bank pemerintah yang telah ada.
Awal pemerintah daerah Aceh mendirikan Perseroan Terbatas (Naamloze Vennootschap) dengan nama “Bank Kesejahteraan Aceh N.V” yang dimulai sejak tanggal 19 November 1958. Pendirian Bank Pembangunan Daerah Istimewa Aceh (BPD) sepenuhnya mendapat dukungan dari Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Peralihan ProvinsiAceh di Kutaradja, dengan adanya Surat Keputusan Nombor: 7/DPRD/5 tanggal 7 September 1957dan dengan adanya akte dari wakil notaris Mula Pangihutan Tamboenan di Kutaradja Nombor: 1 tanggal 1 April 1958 sebagai legaliti operasionalnya, Bank ini telah mendapat izin dari Menteri Kewangan Republik Indonesia Nombor: 12096/BUM/11 tanggal 2 Februari 1960, serta pengesahan sebagai Institusi Hukum dari Menteri Kehakiman Republik Indonesia dengan Surat Keputusan Nombor: J.A.5/22/9 tanggal 18 Mac 1960.
Seiring dengan keluarnya Undang-Undang No.13 tahun 1962 mengenai ketentuan- ketentuan pokok bank pembangunan negeri, maka Pemerintah Kerajaan Aceh melalui Peraturan Daerah (PERDA) No.12 Tahun 1963 tanggal 20 Disember 1963 tentang Bank Pembangunan Daerah Istimewa Aceh “Bank Kesejahteraan Aceh, N.V” mesti menyesuaikan diri dengan Undang-undang dan Selanjutnya melalui Surat Keputusan Gabernor Nombor:54/1973 tanggal 17 April 1973 menetapkan pelaksanaan pengalihan
Bank Kesejahteraan Aceh, N.V menjadi Bank Pembangunan Daerah Istimewa Aceh. Proses pengalihan tersebut secara resmi dilaksanakan pada tanggal 6 Ogos 1973, yang kemudian diperingati sebagai hari jadi Bank Pembangunan Daerah Istimewa Aceh. Untuk memberi ruang gerak yang optimal, sejalan dengan perkembangan sektor moneter di tanah air, Bank Pembangunan Daerah Istimewa Aceh harus melakukan beberapa perubahan atas isiPeraturan Daerah (PERDA), khasnya di sektor permodalan, iaitu PERDA Nombor: 10 tahun 1974, PERDA Nombor: 6 tahun 1978, PERDA Nombor: 5 tahun 1982 dan PERDA Nombor: 8 tahun 1988 dimana untuk memperkuat fundamental industriperbankan di tanah air, sejalan dengan tuntutan perkembangan ekonomi makro, serta menyesuaikan dengan ketentuan-ketentuan perbankan di dunia internasional.
Adapun visi dan misi pendirian Bank Pembangunan Daerah iaitu untuk membantu dan mendorong pertumbuhan perekonomian dan pembangunan negeri dari segala bidang, maka Bank Pembangunan Daerah Istimewa Aceh dengan berpedoman kepada Undang- Undang no. 7 tahun 1992 tentang Perbankan dan Peraturan Menteri Dalam Negeri nombor: 8 tahun 1992 tentang Penyesuaian Peraturan Pendirian Bank Pembangunan Daerah dengan Undang-undang nombor: 7 tahun 1992. Selanjutnya memilih dan mengubah bentuk institusi hukum menjadi Perusahaan Negeri yang ditetapkan melalui PERDA Nombor: 3 tahun 1993 tanggal 5 Pebruari 1993.
Berdasarkan Peraturan Menteri Dalam Negeri Nombor:1 tahun 1998 tanggal 4 Februari 1998tentang bentuk badan hukum Bank Pembangunan Daerah, maka untuk mendukung gerak dan kinerja bank, serta untuk mengubasuai dengan ketentuan-ketentuan perbankan di tanah air serta arah perkembangan perbankan dimasa yang akan datang, Bank Pembangunan Daerah Istimewa Aceh melakukan perubahan kembali bentuk institusi hukum menjadi Perseroan Terbatas (PT), dengan demikian nama Bank berubah menjadi “PT. BANK PEMBANGUNAN DAERAH ISTIMEWA ACEH” disingkat “PT. Bank BPD Aceh”.
Untuk memperluas pangsa pasar dan mengakomodir keperluan segmen masyarakat yang belum terlayani oleh bank konvensional, khususnya berkaitan dengan masalah keyakinan, serta di dukung oleh Undang-undang No. 7 Tahun 1997 tentang Perbankan yang kemudian disempurnakan dengan Undang-undang No. 10 Tahun 1998, membuka peluang yang seluas-luasnya kepada Perbankan Nasional untuk mendirikan Bank Islam maupun jabatan Cawaangnya oleh Bank Konvensional, maka pada tanggal 28 Desember 2001 BPD Aceh mendirikan Unit Usaha Islam dengan SK Direksi No.047/DIR/SDM/XII/2001.
Dengan terbitnya izin penumbuhan unit Islam dari Bank Indonesia No. 6/4/DPbs/Bna tanggal 19 Oktober 2004 maka dibukalah Bank Pembangunan Daerah (BPD) unit Islam di Banda Aceh yang beralamat di Jl. Tentara Pelajar Banda Aceh yang peresmiannya dilakukan pada tanggal 5 November 2004.
C. Visi dan Misi dan Motto Bank Aceh Syariah
Dibawah ini akan diuraikan visi, misi, dan motto PT. Bank Aceh Syariah.
1. Visi Bank Aceh Syariah
Mewujudkan Bank Aceh menjadi bank yang terus sehat, tangguh, handal dan terpercaya serta dapat memberikan nilai tambah yang tinggi kepada mitra dan masyarakat.
2. Misi Bank Aceh Syariah
Membantu dan mendorong pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negeri dalam rangka meningkatkan taraf hidup masyarakat melalui pengembangan dunia usaha dan pemberdayaan dunia usaha dan pemberdayaan ekonomi rakyat, serta memberi nilai tambah kepada pemilik dan kesejahteraan kepada kakitangan.
3. Motto Bank Aceh
Kepercayaan dan kemuliaan. Kepercayaan adalah suatu manifestasi dan wujudBank sebagai pemegang amanah dari Pelabur, Pemilik dan Masyarakat secara luas untuk menjaga kerahasiaan dan mengamankan kepercayaan tersebut. Sedangkan Kemuliaan adalah suatu penghormatan dan penghargaan yang sangat tinggi diberikan bank kepada Pelabur. Dalam rangka mengemban visi dan misi bank tersebut, setiap kakitangan dan manajement harus dapat menganut, meyakini, mengamalkan dan melaksanakan nilai-nilai filisofis yang luhur yang terkandung dalam pilar dan perilakubudaya kerja, yaitu:
a. Bekerja adalah ibadah kepada AllahS.W.T dengan penuh keimanan dan ketaqwaan;
b. Profesionalisme dan integritas kakitangan/manajemen;
c. Pengelolaan Bank secara Sehat dan Berdaya Saing Tinggi;
d. Kepuasan Pelabur yang tinggi;
e. Prestasi Kerja dan Kesejahteraan adalah Karunia Allah S.W.T.
D. Ruang Lingkup Bidang Usaha BankAceh Syariah
Selaras dengan teknologi maklumatyang diterapkan untuk memenuhi keperluan masyarakat sesuai dengan perkembangan semasa PT. Bank Aceh Tbk. telah berupaya meningkatkan kualiti dan jenis produk layanan sehingga diharapkan mampu minciptakan tingkat kepuasan dan loyaliti yang tinggi untuk seluruh pelabur. Sampai masa ini produk dan jasa Bank Aceh Syariah adalah sebagai berikut:
Pengumpulan Dana:
1. Giro Wadi‟ah: menggunakan prinsip Wadi‟ah Yad al-Dhamanah dimana bank sebagai penerima dana titipan dapat memanfaatkan dana tersebut dengan seizin pemiliknya dan menjamin untuk mengembalikan titipan tersebut bila pemiliknya mengkehendaki. Dengan prinsip wadi‟ah, pelabur tidak mendapatkan jasa giro namun mendapatkan bonus besar yang ditentukan oleh bank dan tidak diperjanjikan di muka.
2. Deposito Mudharabah: Tabungan yang diaplikasikan di Bank Aceh Syariah menggunakan prinsip mudharabahmutlaqah, iaitu usaha perkongsian antara dua belah pihak, dimana pihak pertama/bank menyediakan dana dan pihak kedua pelabur bertanggung jawab atas pengolahan usaha.
Penyaluran Dana:
1. Pembiayaan Murabahah: yang dilakukan dengan cara kerja sama antara dua pihak dimana pemilik modal/bank menyediakan modal 100 perseratus sedangkan pihak lainnya menjadi pengelola usaha dengan mensyaratkan jenis ataupunbentuk usaha dilakukan.
2. Pembiayaan Musyarakah: suatu kesepakatan antara bank dengan pelabur untuk membiayai suatu projek dimana masing-masing pihak secara bersama-sama menyediakan dana dan berpartisipasi dalam kerja. Masing-masing pihak berhak atas keuntungan dan bertanggung jawab atas segala kerugian yang terjadi sesuai dengan pernyataan masing-masing.
3. Pembiyaan Mudharabah: Pembiayaan secara total daripada keperluan pelabur yang diberikan oleh bank. Keuntungan dari pada usaha ini dibahagikan bersma sesuai dengan nisbah yang disepakati. Nisbah adalah bahagian keuntungan usaha bagi setiap pihakyang kadarnya ditetapkan berdasarkan kesepakatan.
4. Pembiyaan Ijarah: Suatu kontrak sewa yang diakhiri dengan penjualan. Dalam kontrak ini pembayaran sewa telah diperhitungkan sedemikian rupa sehingga sebahagian padanya merupakan pembelian barang secara berangsur.
E. Kekuatan dan Peluang
Secara umum, kekuatan ekonomi/perbankan Islam di Indonesia mulai nampak nyata setelah terjadi krisis ekonomi dan moneter di Indonesia pada akhir tahun1997. Krisis ekonomiyang melanda Indonesia dimulai dengan gejolak moneter beberapa negara seperti; Thaliand, Malaysia, Filipina dan Korea Selatan.
Keadaan yang demikian teruknya, ternyata tidak demikian halnya dengan sistem ekonomi Islam seperti yang diterapkan di bank-bank Islam diIndonesia. Sekurang- kurangnnya ada dua faktor yang menyebabkan ekonomi Islam lebih kebal berbanding ekonomikonvensional, iaitu:
1. Sistem ekonomiIslam tidak hanya mengejar keuntungan seperti yang dilakukan oleh bank-bank konvensional, akan tetapi melihat dari sudut pandang lainseperti tolong-menolong dan ibadah.
2. Dengan sistem perkongsian untungdan rugi tanpa mengenal faedah.
Dengan berkembang bank-bank Islam pada masa kini, maka banyaklah para pengamal bank sama ada dari golongan pengamal bank konvensional mahupun pengamal bank Islam sendiri berminat menubuhkan bank yang sistem operasinya berteraskan prinsip-prinsip
Syariah.
Di Nanggroe Aceh Darussalam ada beberapa bank Islam yang ditubuhkan setelah krisis ekonomi yang melanda Indonesia pada tahun 2007.Ditubuhkannya Bank Aceh Syariah oleh Bank Aceh melihat prospek dan kekuatan yang telah ada di Aceh. Kekuatan dan peluang yang dimiliki oleh Bank Aceh Syariah dihantarnya:
1. Bank Aceh Syariah merupakan (Badan Usahan/Syarikat milik kerajaan) Aceh.
2. Penerapan Syariat Islam secara kaffah di Bumi Serambi Mekkah.
3. Masyarakat Aceh majoriti Beragama Islam.
4. Pemberlakuan Otonomi Khas untuk Aceh.
5. Letak Provinsi Aceh yang startegik sehingga usaha perdagangan meningkat dan secara langsung pertumbuhan ekonomi juga meningkat.
F. Hambatan Penerapan Bank Islam di Aceh
1. Sosialisasi perbankan Islam oleh banyak pihak dirasai sangat kurang, sehingga masyarakat belum bersepati dengan perbankan Islam berbanding dengan bank konvensional.
2. Booming perbankan Islam tidak diimbangi oleh penyediaan tenaga profesional perbankan Islam. Kerannya, sangat dirasakan langka dan mahalnya tenaga profesional ini.
3. Perhatian kerajaan pemerintah Pusat, Pemerintah kerajaan daerah dan peraturan Bank Indonesia yang kurang menyentuh aspek ekonomi Islam.
4. Tingginya tingkat persaingan antara perbank Syariah di Aceh khasnya, hal ini menjadi kendala dan cabaran bagi Bank Aceh Syariah.
BAB III
PENUTUP
A. Kesimpulan
Penubuhan Bank Syariah Mandiri oleh kerajaan pemerintah Indonesia pada tahun 1999 dan diikuti dengan penumbuhan cawangan di merata tempat dan salah satu cawangannya di wilayah Banda Aceh, Nanggroe Aceh Darussalam yang beroperasi berteraskan Syariah Islam. Adapun penubuhan Bank Aceh Syariah dilakukan pada tahun 2004 di Banda Aceh yang sistem operasinya juga menggunakan prinsip-prinsip Syariah.
Kedua-dua bank Islam ini mempunyai misi dan visi dalam menawarkan perkhidmatan bank Islam kepada pelanggan untuk memberikan kepuasan kepada pelanggan. Selain itu, kedua-dua bank tersebut dalam operasinya dikendalikan oleh kakitangan bank yang terdiri dari ketua pengarah eksekutif, setiausaha, ketua bahagian operasi, bahagian pengurus kawal data, bahagian perkhitmatan pelanggan, bahagian operasi, bahagian pembiyaan, bahagian pengurus kakitangan, bahagian pengurus akaun dan bahagian lainnya.
Selain itu juga, kedua bank tersebut mempunyai Dewan Pengawas Syariah atau DPS yang mempunyai tugas dan tanggung jawab sebagai pengawas setiap produk perbankan yang ditawarkan kepada pelanggan serta merumuskan produk-produk bank yang baru supaya selari dengan prinsip-prinsip Islam.
B. Saran
Penulis menyadari bahwa makalah ini masih jauh dari sempurna. Maka penulis mohon kritik dan saran guna perbaikan untuk masa yang akan datang.
DAFTAR PUSTAKA
Abdul Ghaofur Anshori. Perbankan Syariah di Indonesia. Yogyakarta: Gadjah Mada University Press, 2007.
Abdul Halim Mat Diah. Suatu Contoh Tentang Huraian Metodeologi. Kuala Lumpur, Malaysia: Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, University Of Malaya, 1987.
Alyasa Abubakar. Syari‟at Islam di Provinsi NanggroeAceh Darussalam, Paradigma,
Kebijakan dan Kegiatan, Banda Aceh: Dinas Syari‟at Islam Provisi Nanngroe Aceh Darussalam, 2008.
Asmad Bin Daud, Peranan Majelis Penasihat Syariah (MPS) dalam Pembangunan Produk Perbankan Syariah: Kajian di Bank Muamalat Malaysia Berhad. Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2008.
Tolong kerja samanya dengan berkomentar menggunakan bahasa yang sopan, baik, dan bijak